Postingan

Menampilkan postingan dari April, 2020

Pendayung Sampan Dan Professor oleh KH. Drs.Harun Tafsir, M.Ag

Pendayung Sampan Dan Professor. Suatu hari seorang profesor menyewa sebuah sampan untuk membuat kajian di tengah lautan. Pendayung sampan  itu seorang lelaki tua yang sangat pendiam. Profesor sengaja mengupah lelaki tua itu kerana dia tidak mahu orang yang menemaninya banyak menyoal tentang apa yang dia lakukan. Dengan tekun Profesor itu melakukan tugasnya tanpa menghiraukan pendayung sampan. Dia mengambil air laut dan diisi kedalam tabung uji, digoncang-goncang, kemudian mencatat sesuatu di dalam buku catatan yang dibawanya. Berjam-jam lamanya Profesor itu melakukan kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan mendongak ke langit, memandang  awan yang mula berarak kelabu. Dalam hati dia berkata “Hmm..tak lama hujan lebat akan turun..” “OK semua sudah siap mari kita balik.” Kata Profesor.  Lantas pendayung itu memusingkan sampannya dan mula mendayung ke arah pantai. Dalam perjalanan itu baru Profesor itu membuka mulut menegur pendayung sampan. “Dah lama kamu mendayung sam...

Kisah Segelas Susu Oleh: Drs. KH. Harun Tafsir, M.Ag

Pada awal Januari 1987 silam, usai pesta perayaan malam pergantian tahun, ada seorang kanak-kanak lelaki miskin yang hidup dari menjual barang dari pintu ke pintu, mendapati bahawa wangnya di poket hanya tinggal beberapa keping siling , dan kala itu dia sangat lapar sekali.  Kanak-kanak kecil tersebut memutuskan untuk meminta makanan dari rumah berikutnya. Akan tetapi anak itu kehilangan keberanian saat seorang wanita muda cantik membuka pintu rumah.  Kanak-kanak  kecil itu tidak jadi meminta makanan, ia hanya berani meminta segelas air. Dan wanita muda tersebut melihat dengan teliti, dan berfikir bahawa kanak-kanak  tersebut pastilah lapar, oleh kerana itu ia membawakan segelas besar susu segar dari dalam peti sejuk nya.  Kanak-kanak itu terpegun hairan lalu meminumnya dengan perlahan, seraya diperhatikan  dengan penuh rasa  iba oleh  wanita tersebut. Selesai minum, kanak-kanak itu bertanya : "Berapa saya perlu membayar untuk segelas besar susu i...

Ibarat Kehidupan Oleh Drs. KH. Harun Tafsir, M.Ag

IBARAT KEHIDUPAN. Tiga binatang kecil ini menjadi nama dari tiga surah di dalam Al-Qur'an, yaitu : An-Naml (semut) -  Al-Ankabut (labah-labah) -  An-Nahl (lebah).  -   An-Naml (Semut). Semut menghimpun makanan sedikit demi sedikit tanpa berhenti. Konon, binatang ini dapat menghimpun makanan untuk bertahun-tahun. Padahal usianya tidak lebih dari setahun. Ketamakannya sedemikian besar sehingga ia berusaha dan seringkali berhasil memikul sesuatu yang lebih besar dari tubuhnya. -   Al-Ankabut (Labah-labah). Lain lagi huraian Al-Qur'an tentang labah-labah. Sarangnya adalah tempat yang paling rapuh (Al 'Ankabuut; 29:41), ia bukan tempat yang aman, apapun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga dapat saling memusnahkan. Inilah gambaran yang mengerikan dari kehidupan sejenis binatang. -   An-Nahl (Lebah). Akan halnya lebah, memiliki naluri ...

KISAH ANAK BATU - SYAIKH IBNU HAJAR AL-ASQOLANY Oleh Drs. KH. Harun Tafsir, M.Ag

SEBUAH KISAH. Ketika akan memulakan kelas Tafsir di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, pada hari Selasa, 27 Oktober 2015, saya menyampaikan ucapan tahniah kepada Puan-Puan Hajjah, Puan-Puan yang mengikuti kelas tersebut, kerana “bersungguh-sungguh” untuk mempelajari al-Qur’an dengan komitmen yang cukup tinggi diiringi rasa ikhlas, bukan kerana mahu bersaing dengan temannya, walaupun mesti mengurus anak, cucu, suami ataupun tempat mencari rezki. Tiba-tiba seorang Hajjah berkata : “Tapi Ustadz kerana usia kami sudah tidak muda lagi, ternyata pelajaran yang diberikan lambat masuk ke dalam minda.” Lontaran perasaan Hajjah tadi saya jawab dengan kisah berikut ini : KISAH ANAK BATU - SYAIKH IBNU HAJAR AL-ASQOLANY. Ibnu Hajar Al Asqalani, beliau adalah seorang anak yatim, Ayahnya meninggal pada saat beliau masih berumur 4 tahun dan ibunya meninggal ketika beliau masih berusia lima tahun. Dalam asuhan kakak kandungnya, beliau tumbuh menjadi remaja yang rajin, pekerja keras dan sangat berhati-hat...