KISAH ANAK BATU - SYAIKH IBNU HAJAR AL-ASQOLANY Oleh Drs. KH. Harun Tafsir, M.Ag
SEBUAH KISAH.
Ketika akan memulakan kelas Tafsir di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, pada hari Selasa, 27 Oktober 2015, saya menyampaikan ucapan tahniah kepada Puan-Puan Hajjah, Puan-Puan yang mengikuti kelas tersebut, kerana “bersungguh-sungguh” untuk mempelajari al-Qur’an dengan komitmen yang cukup tinggi diiringi rasa ikhlas, bukan kerana mahu bersaing dengan temannya, walaupun mesti mengurus anak, cucu, suami ataupun tempat mencari rezki.
Tiba-tiba seorang Hajjah berkata : “Tapi Ustadz kerana usia kami sudah tidak muda lagi, ternyata pelajaran yang diberikan lambat masuk ke dalam minda.”
Lontaran perasaan Hajjah tadi saya jawab dengan kisah berikut ini :
KISAH ANAK BATU - SYAIKH IBNU HAJAR AL-ASQOLANY.
Ibnu Hajar Al Asqalani, beliau adalah seorang anak yatim, Ayahnya meninggal pada saat beliau masih berumur 4 tahun dan ibunya meninggal ketika beliau masih berusia lima tahun. Dalam asuhan kakak kandungnya, beliau tumbuh menjadi remaja yang rajin, pekerja keras dan sangat berhati-hati dalam menjalani kehidupannya serta memiliki kemandirian yang tinggi. Beliau dilahirkan pada tanggal 22 Sya’ban tahun 773 Hijriyah di pinggiran sungai Nil di Mesir.
Nama asli beliau adalah Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Mahmud bin Ahmad bin Hajar Al-Kannani Al-Qabilah yang berasal dari Al-Asqalan. Namun lebih masyhur dengan sebutan Ibn Hajar Al Asqalani. Ibnu Hajar berarti anak batu sementara Asqalani adalah nisbat kepada ‘Asqalan’, sebuah kota yang masuk dalam wilayah Palestina, dekat Ghuzzah.
Ketika masih belajar disebuah madrasah, beliau terkenal sebagai murid yang rajin, namun ia juga dikenal sebagai murid yang selalu tertinggal jauh dari teman-temannya. Bahkan sering lupa dengan pelajaran-pelajaran yang telah di ajarkan oleh gurunya di sekolah yang membuatnya patah semangat.
Beliaupun memutuskan untuk pulang meninggalkan sekolahnya. Di tengah perjalanan pulang, dalam kegundahan hatinya meninggalkan sekolahnya, hujan pun turun dengan sangat lebatnya, mamaksa dirinya untuk berteduh didalam sebuah gua. Ketika berada didalam gua pandangannya tertuju pada sebuah tetesan air yang menetes sedikit demi sedikit jatuh melubangi sebuah batu, beliau pun terkejut. Sungguh sebuah keajaiban. Bagaimana mungkin benda yang sekeras batu mampu terlubangi hanya dengan setetes air. Beliau terus mengamati tetesan air itu, kemudian merenung dan mengambil sebuah kesimpulan bahawa batu itu berlubang karena tetesan air yang terus menerus.
Dari peristiwa itu, beliau menjadi tersadar bahawa betapapun kerasnya sesuatu jika terus ditimpa sesuatu akan menjadi berlubang. Jadi betapapun lemahnya minda saya pasti mampu menyerap segala pelajaran jika saya terus belajar dengan penuh ketekunan, rajin dan sabar.
Sejak saat itu semangatnya pun kembali tumbuh lalu beliau kembali ke sekolahnya dan menemui Gurunya dan menceritakan pristiwa yang baru saja ia alami. Melihat semangat tinggi yang terpancar dijiwa beliau, gurunya pun berkenan menerimanya kembali untuk menjadi murid disekolah itu.
Sejak saat itu perubahan pun terjadi dalam diri Ibnu Hajar. Beliau manjadi murid yang tercerdas mendahului teman-temannya yang lain.
Akhirnya beliau menjadi Ulama besar dan terkenal, yang mampu menulis 282 kitab yang berkaitan dengan Pembahasan Hadits, secara Riwayah dan Dirosah (Kajian).
Di antara karya beliau yang terkenal ialah: Fathul Baari Syarh Shahih Bukhari, Bulughul Marom min Adillatil Ahkam, al Ishabah fi Tamyizish Shahabah, Tahdzibut Tahdzib, ad Durarul Kaminah, Taghliqut Ta’liq, Inbaul Ghumr bi Anbail Umr dan lain-lain.
Semoga Kisah Beliau diatas mampu menjadi motivasi bagi kita semua, bahwa :
- Walaupun lambat minda menerima pelajaran, tetapi dengan cara belajar dengan ikhlas, tekun serta terus menerus tanpa putus asa dan patah semangat, niscaya akan mencapai kejayaan.
- Mencari ilmu wajib bagi kaum muslimin dan muslimat, terutama tentang al-Qur’an.
- Belajarlah sejak dari ayunan sehingga ke lubang kubur.
- Kembalikan masa 24 jam yang diberikan Alloh kepada kita dengan beramal ibadah, beramal baik dan belajar.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum, sampai kaum itu sendiri berusaha untuk mengubahnya. ” ( Al-Qur’an, surah ar-Ro’d, ayat 14)
Kampung Likas, awal tahun 1441 H.
Komentar
Posting Komentar