Kisah Segelas Susu Oleh: Drs. KH. Harun Tafsir, M.Ag


Pada awal Januari 1987 silam, usai pesta perayaan malam pergantian tahun, ada seorang kanak-kanak lelaki miskin yang hidup dari menjual barang dari pintu ke pintu, mendapati bahawa wangnya di poket hanya tinggal beberapa keping siling , dan kala itu dia sangat lapar sekali. 

Kanak-kanak kecil tersebut memutuskan untuk meminta makanan dari rumah berikutnya. Akan tetapi anak itu kehilangan keberanian saat seorang wanita muda cantik membuka pintu rumah. 

Kanak-kanak  kecil itu tidak jadi meminta makanan, ia hanya berani meminta segelas air. Dan wanita muda tersebut melihat dengan teliti, dan berfikir bahawa kanak-kanak  tersebut pastilah lapar, oleh kerana itu ia membawakan segelas besar susu segar dari dalam peti sejuk nya. 

Kanak-kanak itu terpegun hairan lalu meminumnya dengan perlahan, seraya diperhatikan  dengan penuh rasa  iba oleh  wanita tersebut.

Selesai minum, kanak-kanak itu bertanya : "Berapa saya perlu membayar untuk segelas besar susu ini .. ???" 

Wanita itu menjawab dengan penuh senyuman, seraya berkata: "Kamu tidak perlu membayar apa-apa dik". "Sejak kami kecil, Ibu kami mengajarkan untuk tidak menerima bayaran untuk segala bentuk kebaikan" kata wanita itu dengan suara bijak dan ikhlas. sambil menitikan airmata 

Kemudian kanak- itu berkata: "Dari relung  hatiku yg paling dalam, aku berterima kasih banyak pada anda ... Semoga Allah SWT membalas ketulusan dan  kebaikan anda ..." 

22 TAHUN  KEMUDIAN………tahun 2009)

Wanita muda tersebut, sudah menjadi warga emas dan menderita sakit yang sangat serius dan kritikal. Para doktor di bandar tempat wanita warga emas itu tinggal  sudah tidak ada yang sanggup merawat penyakitnya. Mereka akhirnya menghantarnya ke Hospital bandar lain , di mana terdapat doktor pakar yang mampu untuk melakukan pemeriksaan lebih dalam. 

Pada saat doktor Pakar itu mendengar nama bandar asal wanita warga emas tersebut, wujud  seberkas pancaran aneh pada mata doktor tersebut. Segera ia bangkit dan bergegas turun melalui koridor  segera menuju bilik sipesakit wanita tersebut dirawat. 

Dengan berpakaian jubah perubatan, doktor muda itu  menemui si wanita itu. Ia langsung mengenali wanita itu pada sekali pandangan pertama. Ia kemudian kembali ke ruang perundingan team doktor dan memutuskan untuk melakukan usaha yang paling terbaik untuk menyelamatkan nyawa wanita itu. dan sejak hari itu, Ia selalu memberikan perhatian yang sangat istimewa pada kes penyakit pesakit wanita warga emas  itu. 

Setelah melalui perjuangan yang sangat panjang, akhirnya diperoleh kemenangan ... . Wanita itu sembuh .. !! dan Doktor  Pakar ini meminta bahagian kewangan hospital  untuk menghantar kesemua bil kos rawatan kepadanya untuk persetujuan dan rekapitulasi rawatannya. ..tak lama berselang kemudian doktor melihat2 tagihannya, dan menuliskan sesuatu pada sudut atas helaian bil, dan kemudian menghantarnya ke bilik pesakit melalui salah satu Jururawatnya. 

Sejenak wanita emas yang sudah sembuh tadi takut untuk membuka bil tersebut. Dia sangat yakin bahawa dirinya tidak akan mampu membayar bil tersebut walaupun harus berusaha mengangsur seumur hidupnya ... 

Akhirnya dengan membaca Basmallah dia memberanikan diri untuk membuka dan membaca bil kos rawatannya itu dan dia sangat terkejut ternyata sudah dibayar lunas semua tagihan2nya selama 2 bulan rawatan dirinya.

Ada sesuatu yang menarik perhatiannya pada penjuru atas lembaran bil  tersebut. ada tulisan tebal dan cop (stempel) Hospital yang  berbunyi .... "Telah dibayar lunas 22 tahun yang lalu dengan segelas besar susu ..." tertanda ... (Nama Doktor Pakar yang merawatnya) kontan saja bersimbah air mata kebahagiaan membanjiri matanya. Ia berdoa lirih seraya mengucapkan: "Subhaanallaah ...., Terima kasih ya Allah, bahawa cinta dan kasih Sayang-MU telah menyirami seluruh bumi ini melalui hati dan tangan-tangan hamba-Mu yang kau kehendaki ...." 

Demikian lah, sepenggal kisah nyata ini, 

Hikmah di sebalik peristiwa ini adalah: "Setiap kebaikan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan hati seorang hamba kepada hamba Allah yang lain, kelak pasti akan dibayar Allah dengan jalan yg tiada dijangkakan  ..." 

Begitupun sebaliknya ... kerana Dia lah yang Maha menggenggam di sebalik setiap kejadian didunia ini .... 

Semoga kisah ini  boleh dijadikan sebagai …I’tibar dan pelajaran….

Amin.

--------------------

Kampung Likas, menjelang  romadhon 1441 H.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Kultum Hari ke-3 Ramadhan 1447 H: Kajian Hadits ke-223 Bulughul Marom

Perbedaan Huruf Athaf Fa dan Tsumma

Kultum Hari ke-2 Ramadhan 1447 H: Kajian Hadits ke-222 Bulughul Marom